Get your own Digital Clock

Thursday, 15 November 2012

Menulis Karangan


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan Murid : 30 orang
Kelas : 6 Melati
Masa  : 60 minit
Tajuk : Melawat ke Zoo Negara
Objektif : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :-
               i) Menyampaikan maklumat mengenai binatang yang terdapat di Zoo Negara
               ii) Mengenali sepuluh jenis binatang yang terdapat di zoo negara.
              iii) Menulis sebuah karangan yang bertajuk "Melawat Ke Zoo Negara''.
Kemahiran Fokus : 3.35 : Menulis semula dengan teratur maklumat yang di terima.
Penggabungjalinan : 1.22 : Bersoal jawab untuk menyatakan isi yang berkaitan dengan tajuk
                              2.24 : Mencari dan mengumpul isi-isi penting yang terdapat dalam bacaan.
                              3.40 : Menulis karangan dalam bentuk prosa.
Tatabahasa : Imbuhan 'me'
Penyerapan : Nilai : i) Kasih sayang
                              ii) Menyintai hidupan liar
                             iii) Bekerjasama
Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah melihat beberapa jenis haiwan melalui gambar dan televisyen.
Alat bantu mengajar : Gambar-gambar,pita rakaman dan kad imbasan.     


     

Rancangan Mengajar


Langkah/masa
Isi-isi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Alat
Set Induksi
5 minit
i. Rakaman bunyi-bunyi   haiwan.
ii.Tempat-tempat yang boleh didengar bunyi tersebut.
i.Guru memperdengarkan pita rakaman bunyi haiwan.
ii.Guru bersoaljawab  dengan pelajar yang mengarahkan kepada objektif pengajaran.

Pita rakaman
Langkah 1
5 minit
i. Melawat ke  Zoo Negara.
ii.Kefahaman tentang jenis-jenis binatang.
i.Pelajar melihat gambar   sambil mendengar pita yang menerangkan tentang binatang yang terdapat di Zoo Negara.

Gambar dan pita rakaman.
Langkah 2
8 minit
i. Kefahaman tentang jenis-jenis binatang.
i. Guru menampalkan carta kosong kumpulan haiwan.
ii.Murid dikehendaki menyusun nama-nama haiwan mengikut kumpulan di atas carta.
iii. Rumusan dari guru.

Carta
Langkah 3
15 minit
Lawatan ke Zoo Negara.
i. Kelas dibahagikan kepada 6 kumpulan (5 orang setiap kupulan)
ii.Murid berbincang isi-isi penting dan membuat draf karangan berbentuk “Lawatan ke Zoo Negara’’ di atas kertas sebak.
iii.Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan murid.

kertas sebak
Langkah 4
5 minit
i. Imbuhan ‘me’
-melihat
-melawat
-memakan
-menarik
-menanti
i.Guru menunjukkan semula gambar dan perdengarkan pita rakaman.
ii.Murid-murid diminta mencatat perkataan yang berimbuhan ‘me’ yang terdapat di dalamnya.
iii.Beberapa orang
murid membina ayat-ayat secara lisan.

Gambar dan pita
Langkah 5
20minit
i.Membuat karangan yang bertajuk  ‘Melawat ke Zoo Negara’.
i. Murid menulis karangan di dalam buku latihan masing-masing.
ii. Guru meminta beberapa orang murid membaca karangan yang telah siap ditulis.


Penutup
Rumusan isi pelajaran
i. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari itu.
ii.Guru memberi pujian kepada murid kerana telah menyiapkan tugas masing-masing.




Contoh Jenis-Jenis Haiwan

ITIK BERENANG DI AIR

KUCING BERKAKI EMPAT

LIPAN BERKAKI BANYAK

RAMA-RAMA HAIWAN BERSAYAP

ULAR HAIWAN BERBISA

ZIRAFAH BERLEHER PANJANG

SINGA RAJA RIMBA

HARIMAU RAJA BELANGTARA

Jom Bermain